e>

Isu Semasa

Monday 8 December 2014

(GAMBAR) Pemuda Lamar Fazura Dengan Lagu All Of Me Sebelum Sarung Cincin

Wah!Dalam pada sibuk menjalankan tugas promosi bagi watak Ifti Liyana untuk filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, Nur Fazura yang diketahui masih solo itu telah dilamar oleh seorang jejaka!
Perkara ini berlaku secara spontan dalam sebuah majlis karaoke yang merupakan sebahagian daripada rangka promosi filem cinta tersebut.
Berbekalkan lagu romantik yang kini hot nyanyian John Legend, All Of Me, pemuda tersebut tiba-tiba melutut dan dalam posisi melamar didepan Fazura lalu menyuarakan hasrat hatinya. Detik ini sempat dirakamkan Astro Shaw iaitu penganjur majlis pada petang Ahad lepas itu dan  ianya dimuatnaik di akaun Instagram mereka.
Fazura juga secara spontan menyuruh pemuda tersebut meminta kebenaran daripada ibunya yang turut hadir pada acara tersebut. Tanpa sebarang bantahan, ibu Fazura memberikan lampu dan Fazura juga turut menunaikan hasrat peminatnya itu tetapi bukannya untuk menerima lamarannya tetapi cincin yang diberikan sebagai simbolik kepada lamaran tersebut.
Lelaki bertuah tersebut difahamkan merupakan salah seorang peminat Fazura yang dijumpai sehari sebelum sesi karaoke tersebut ketika promosi Manisnya Cinta Di Cappadocia di Klang.
Ketika ingin bersurai pemuda tersebut sempat menjerit ‘I love you’ kepada Fazura sebelum aktres tersebut membalas ungkapan  ‘I love you too!’kepadanya membuatkan dia terpanggil merakamkan detik manis yang mungkin tidak semua peminat dapat melakukannya, apatah lagi  merasakan bagaimana perasaan apabila lamaran terhadap Fazura telah diterima pelakon itu.
Selain daripada keluarga dan peminat Fazura, pelakon dan pengarah Manisnya Cinta Di Cappadocia iaitu Shaheizy Sam dan Bernard Chauly turut bersama untuk berkongsi kenangan lucu dan romantis tersebut di dalam majlis sesi karaoke yang dianjurkan Astro Shaw itu.
Kembali beraksi semula di layar perak , Fazura mengubati kerinduan para peminat yang sekian lama menanti dengan  kemunculannya dalam filem baharu. Baru sahaja selesai menjalani penggambaran program  realiti Facing Up To Fazura dan filem Langit Cinta, aktres jelita ini khabarnya sibuk menjayakan  aktiviti serta siri jelajah promosi Manisnya Cinta Di Cappadocia ke seluruh negara yang bakal menemui penonton pada 11 Disember ini.
Read more ...

VIDEO: Lagi Serangan Haiwan Buas di Zoo Lelaki Dibaham 3 Ekor Singa di Zoo Barcelona


SEORANG lelaki cedera parah akibat diserang tiga ekor singa selepas dia memasuki kandang haiwan tersebut di sebuah zoo di Barcelona.


Lelaki berusia 45 tahun dengan pakaian tentera itu didakwa memanjat pagar untuk memasuki kandang tersebut sebelum diserang singa yang cuba mengheretnya ke dalam sebuah terowong.

Mangsa bagaimanapun terlepas daripada maut apabila pasukan keselamatan zoo berjaya menyelamatkannya selepas mengharungi tempoh 30 minit untuk menakutkan singa-singa tersebut.



Semburan air digunakan untuk menakutkan tiga ekor singa yang menerkam mangsa.
Tubuh badan lelaki itu terdapat kesan calar yang teruk selain luka akibat gigitan singa. Mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital de la Vall D’Hebron.

Lelaki yang dikenali sebagai Justo Jose MP itu sebelum ini dilaporkan pernah ditahan polis kerana terlibat dengan demonstrasi di bandar.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum mengetahui tujuan mangsa memasuki kandang singa terbabit.

Lihat video di bawah ini :


Read more ...

Saturday 6 December 2014

(GAMBAR) SEKSINYA MAS IDAYU JOGGING DENGAN PROTEGE MENTOR

Beberapa keping gambar SEKSl Mas Idayu sedang jogging dengan protegenya bagi program Mentor telah dimuatnaik di laman sosial. Perghh masih mengancam ya.
Memang mesra nampak hubungan Mas Idayu dengan anak-anak muridnya itu. Semoga mentor Mas Idayu dan protege-protegenya berjaya dalam pertandingan ini.
Kepada yang nak lihat aksi protege Mas Idayu menyanyi, Mentor Legend akan bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.




Read more ...
Designed By Info Kentang Blogger Templates